Friday, December 8, 2023
24.5 C
Brunei

    -

    Anjing buta jatuh dalam lubang diselamatkan

    PASADENA, CALIFORNIA, 22 SEPT – Anggota bomba berjaya menyelamatkan seekor anjing buta berusia 13 tahun yang terjatuh ke dalam lubang di sebuah tapak pembinaan California.

    Menurut KABC-TV, anjing itu, bernama Cesar, tinggal bersebelahan tapak di Pasadena bersama tuannya. Anjing itu dikatakan merayau-rayau ke tapak, menurut tuan Cesar, Mary, yang enggan memberikan nama akhirnya.

    Cesar terjatuh ke dalam lubang, kira-kira 4.5 meter dalam dan 0.91 meter lebar, pada pukul 7 malam kelmarin.

    Ketua Bomba Pasadena Chad Augustin berkata ruang yang sempit memberikan cabaran kepada anggota bomba.

    “Terdapat banyak langkah yang perlu diambil untuk menjadikannya seberapa selamat mungkin, bukan sahaja untuk anjing tetapi juga anggota kami,” kata Augustin.

    Pasukan itu menggunakan tali dan kapi untuk menurunkan seorang anggota ke dalam lubang. Ia mengambil masa 12 minit untuk anggota sampai ke anjing, mengikatnya dengan abah-abah sebelum membawanya naik ke permukaan.

    Cesar nampaknya sihat dan tidak mempunyai luka kecederaan selepas dikeluarkan dari lubang. – AP

    Gambar serahan Jabatan Bomba Pasadena menunjukkan anggota bomba bergambar bersama Cesar yang diselamatkan dari lubang di Pasadena, California baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....

    5 maut dalam kebakaran