Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anjing gigit bateri litium cetus kebakaran rumah

    TUSLA, OKLAHOMA, 15 OGOS – Rakaman video dari rakaman kamera litar tertutup yang dikongsikan oleh Jabatan Bomba Tulsa menunjukkan saat di mana seekor anjing tanpa pengawasan mencetuskan kebakaran rumah selepas menggigit pek bateri litium.

    Menurut laporan Oddity Central, kejadian itu dirakam pada Mei lalu dan rakaman mengejutkan itu menunjukkan seekor anjing menggigit bateri telefon bimbit mudah alih yang ditinggalkan oleh pemiliknya.

    Pada satu ketika, bateri yang digigit itu mula mengeluarkan percikan api dan kemudian terbakar, menyebabkan anjing pelaku dan anjing serta kucing lainnya yang tidur berdekatan melarikan diri.

    Kesemua anjing peliharaan tersebut berjaya melarikan diri melalui pintu anjing tanpa mengalami sebarang kecederaan, tetapi kebakaran itu telah menyebabkan kerosakan besar pada rumah berkenaan.

    Anggota bomba kini menggunakan video tersebut sebagai amaran agar tidak membiarkan bateri litium daripada mudah dicapai oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan.

    Jurucakap Jabatan Bomba Tulsa berkata bahawa meskipun kerosakan besar disebabkan oleh kebakaran, namun kejadian itu boleh bertambah buruk sekiranya terdapat ahli keluarga yang tidur di dalamnya atau tiada laluan untuk haiwan berkenaan untuk melarikan diri.

    Ia hanya memerlukan beberapa saat untuk tilam di mana anjing itu sedang menggigit bateri itu untuk terbakar dan api merebak dengan pantas ke atas permukaan yang mudah terbakar yang lain.

    “Apabila tenaga ini dilepaskan secara tidak terkawal, ia dapat menghasilkan haba dan gas yang mudah terbakar serta beracun, dan bahkan menyebabkan letupan,” kata Andy Little dari Jabatan Bomba Tusla mengenai tenaga dalam bateri litium yang padat. – Agensi

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda