Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Anjing liar ancam keselamatan, ketenteraman penduduk

    Insiden anjing liar yang menyerang orang ramai bukanlah sesuatu yang baharu namun sejak kebelakangan ini kejadian mengerikan itu menimbulkan kebimbangan kepada orang awam.

    Saya pasti terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut tetapi sebagai orang awam yang prihatin, saya berpendapat bahawa anjing berkeliaran ini mampu membahayakan keselamatan orang awam.

    Anjing yang tidak dikawal boleh menggigit atau menyerang orang, terutama kanak-kanak atau orang tua yang mungkin kurang berdaya untuk melindungi diri mereka.

    Anjing yang berkeliaran ini boleh menjadi sumber gangguan dan ketidakselesaan. Yang lebih membimbangkan lagi adalah dikhuatiri pembiakan tidak terkawal terutamanya di tempat-tempat awam.

    Haiwan itu boleh sahaja mengganggu ketenteraman penduduk dengan membuat bising atau mencemari kawasan awam dengan najis.

    Saya berharap pihak berkuasa dapat menangani perkara ini sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini.

    Tindakan yang sewajarnya perlu diambil dengan segera demi melindungi keselamatan orang ramai.

    Saya menggesa pihak berkuasa supaya lebih telus dari segi perancangan mereka dalam menangani masalah haiwan terbiar seperti melaporkan serangan anjing liar di kawasan perumahan dan menjalankan tatacara pengendalian piawaian (SOP) apabila mengendali isu anjing liar ini.

    Haji Gafor.

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Warga Australia dipenjara akibat ‘ganggu’ Ariana Grande

    SINGAPURA, 17 NOV – Sebuah mahkamah di Singapura hari...

    Wang Yi janji bantu Syria capai keamanan

    BEIJING, 17 NOV – Pegawai diplomatik tertinggi China, Wang...

    Kemboja tetap komited terhadap perjanjian damai

    BANGKOK, 11 NOV – Tentera Thailand hari ini berkata,...

    Myanmar tahan tiga artis kerana ‘ganggu pilihan raya’

    YANGON, 30 OKT – Pihak berkuasa Myanmar mengumumkan hari...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...