MEMPHIS, 13 MAC – Seorang lelaki di Memphis, Tennessee, cedera selepas anjing peliharaannya secara tidak sengaja melepaskan tembakan ketika melompat ke atas katil, menurut laporan polis kelmarin.
Mangsa, yang sedang tidur bersama pasangannya, mengalami luka ringan di paha kiri akibat terkena tembakan dalam kejadian awal pagi Isnin lalu. Dia kemudiannya menerima rawatan di hospital dan dilaporkan stabil.
Menurut laporan polis, anjing tersebut, baka pit bull berusia setahun bernama Oreo, kaki haiwan itu tersangkut pada picu, menyebabkan senjata itu ‘tertembak’ kaki tuannya secara tidak sengaja. Jenis senjata yang digunakan tidak dinyatakan dalam laporan dan insiden itu diklasifikasikan sebagai ‘kecederaan tidak disengajakan’.
Kejadian itu menambahkan lagi senarai insiden berkaitan senjata api di Amerika Syarikat, meskipun kes melibatkan haiwan menembak manusia adalah sesuatu yang jarang berlaku.
Sementara itu, stesen berita tempatan Fox 13 Memphis melaporkan bahawa teman wanita mangsa, yang enggan dikenali, memaklumkan bahawa kejadian berlaku secara tiba-tiba ketika mereka sedang tidur.
Beliau turut menasihatkan pemilik senjata api agar lebih berhati-hati dengan keselamatan senjata mereka. – AFP
