Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anjing peliharaan dikuarantin di Hong Kong

    HONG KONG, 28 FEB – Seekor anjing peliharaan dikuarantin di sebuah pusat haiwan di Hong Kong selepas ia diuji positif COVID-19, kata pegawai hari ini, kes pertama seumpama itu di bandar itu.

    Anjing milik seorang wanita berusia 60 tahun yang dijangkiti virus itu, tidak mempunyai “gejala yang relevan”, kata Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan.

    Namun, ‘sampel rongga hidung dan mulut telah diuji positif virus COVID-19’,” kata seorang jurucakap, tanpa menjelaskan terlebih dulu mengapa mereka menguji haiwan terbabit. Anjing itu diambil dari rumah pemiliknya pada hari Rabu, selepas wanita itu didiagnosis positif wabak itu dan diletakkan di wad pengasingan hospital.

    Ia akan dipantau dengan teliti dan menjalani ujian lanjut untuk mengesahkan sama ada ia benar-benar mempunyai virus atau “ini adalah pencemaran alam sekitar terhadap mulut dan hidung anjing,” kata jabatan itu. Anjing itu akan ditahan sehingga ia kembali menghasilkan keputusan negatif.

    Jabatan itu mengatakan bahawa haiwan peliharaan yang menyebabkan jangkitan kepada manusia harus dikuarantin selama 14 hari. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda