Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Anjing polis gigit kanak-kanak hingga cedera parah

    PRAGUE, 24 OKT – Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah digigit anjing polis dalam satu kejadian berhampiran bandar Lanzhot, Republik Czech pada kelmarin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Menurut portal Czech Novinky.cz, peronda polis memberhentikan kenderaan yang membawa pendatang ketika kejadian itu berlaku.

    “Semasa mengejar seorang suspek. Anjing tersebut dikatakan menggigit muka kanak-kanak berusia empat tahun itu,” menurut laporan berkenaan.

    Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital kanak-kanak di Brno.

    Pasukan intervensi krisis telah memberi bantuan kepada keluarga mangsa dan siasatan dalaman sedang dijalankan. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...