Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anjing punya fasal, Tyrese Gibson berdepan hukuman

    Pelakon filem Fast & Furious, Tyrese Gibson berdepan tindakan undang-undang selepas haiwan peliharaannya selepas didakwa membunuh seekor anjing milik seorang penduduk di kawasan kejiranannya di Atlanta, Amerika Syarikat.

    Berdasarkan dokumen mahkamah, waran tangkap berhubung kesalahan kezaliman terhadap haiwan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa pada 22 September lalu.

    Kejadian berlaku pada 18 September apabila empat ekor anjing miliknya dilihat berkeliaran sebelum menyerang dan membunuh seekor anjing berusia lima tahun bernama Henry.

    Pemilik Henry memberitahu, dia hanya melepaskan anjingnya keluar selama lima minit sebelum menemui haiwan kesayangannya mati berlumuran darah.

    Laporan juga menyebut anjing berkenaan mengalami kecederaan serius pada bahagian rusuk dan perut akibat diserang.

    Difahamkan, Tyrese sebelum ini sudah beberapa kali menerima amaran daripada pihak berkuasa kerana anjing-anjingnya sering berkeliaran di kawasan kejiranan.

    Namun ketika polis dan pihak kawalan haiwan hadir ke rumahnya untuk mengambil empat ekor anjing tersebut, pelakon berusia 46 tahun itu enggan menyerahkannya. – Agensi

    Tyrese bakal berdepan tindakan undang-undang kerana anjing-anjingnya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda