Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anjing robot awasi jarak sosial di taman Singapura

    SINGAPURA, 21 MEI – Satu anjing robot berwarna kuning digelar Spot yang meraih populariti kerana menari mengikut rentak lagu terkenal, Uptown Funk dikerahkan untuk mengawasi sebuah taman di Singapura dan memastikan orang ramai mengamalkan penjarakan sosial.

    ‘Anjing’ berteknologi tinggi itu dikawal melalui alat kawalan jauh dan boleh memanjat dengan mudah setiap ceruk, yang menurut penciptanya membolehkan ia pergi ke mana-mana yang tidak dapat digapai oleh robot beroda.

    Sambil merayau ke seluruh taman, Spot yang diberi nama sama dengan watak fiksyen anjing popular – menggunakan kamera untuk menganggarkan jumlah pengunjung.

    Dan anjing robot itu akan mengeluarkan mesej bagi memastikan mereka yang berjoging dan berjalan menjarakkan diri, bagi mengelak penularan koronavirus.

    “Untuk keselamatan anda dan orang di sekeliling anda, sila berdiri sekurang-kurangnya satu meter jaraknya. Terima kasih,” adalah mesej yang dikeluarkannya.

    Spot yang diuji dalam jarak lebih tiga kilometer taman itu, juga mempunyai sensor bagi memastikan ia tidak bertembung dengan orang ramai ketika berjalan. – AFP

    Seorang lelaki yang berjoging melepasi Spot, anjing robot yang memastikan orang ramai mengamalkan jarak sosial di sebuah taman di Singapura. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda