Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anjing terperangkap diselamatkan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Seekor anjing liar yang terperangkap dalam lurang telah berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan penyelamat di Jabatan Perkhidmatan Pos, Bandar Seri Begawan, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, di sini, lima orang anggota dari Balai Bomba Bandar Seri Begawan yang diketuai oleh ABK Matnoor telah dikerahkan ke lokasi pada pukul 4:42 petang.

    Anggota bomba segera bertindak menyelamatkan anjing berkenaan dengan menggunakan snare catcher dan sebaik sahaja diselamatkan, binatang berkenaan dilepaskan.

    Anggota bomba ketika cuba menyelamatkan anjing yang terperangkap dalam lurang.
    Anjing liar berkenaan dilepaskan selepas diselamatkan oleh anggota bomba.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda