PORTUGAL, 15 MEI – Anjing tertua di dunia baru-baru ini meraikan hari lahirnya yang ke-31, menurut Rekod Dunia Guinness.
Bobi, baka tulen Rafeiro do Alentejo, baka anjing Portugal, diraikan pada Sabtu semasa pesta di rumahnya di perkampungan Portugis Conqueiros, tempat tinggal sepanjang hidupnya.
Lebih 100 orang menghadiri pesta ‘tradisional’ itu, kata pemilik Leonel Costa.
Daging dan ikan tempatan dihidangkan kepada 100 tetamu yang hadir, dengan tambahan untuk Bobi, yang hanya makan makanan manusia. Satu kumpulan tarian turut membuat persembahan dengan Bobi menyertai salah satu rutin mereka.
Costa telah memiliki beberapa anjing tua pada masa lalu, termasuk ibu Bobi, Gira, yang hidup hingga umur 18 tahun. Bagaimanapun, Costa berkata dia tidak pernah membayangkan mana-mana anjingnya akan mencapai usia 30an. – AP