Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Anjur konsert untuk kumpul dana Palestin

    Selepas menerima saranan menangguhkan Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, penganjur iaitu Yayasan Nurjiwa milik penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tampil memberikan maklum balas berkenaan isu tersebut.

    Menerusi satu kenyataan, yayasan berkenaan menjelaskan konsert yang bakal berlangsung pada 9 Mac ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada aktiviti amal termasuk bantuan kepada masyarakat Palestin, lapor mStar.

    Menurutnya lagi, konsert yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu juga bukan dianjurkan demi mengaut keuntungan semata-mata kerana keselu-ruhan hasil kutipan tiket akan disalurkan kepada tujuan amal dan kebajikan.

    “Izinkan kami untuk sekali lagi menjelaskan konsert ini bukan dianjurkan atas kepentingan perniagaan dan keuntungan.

    “Yayasan Nurjiwa adalah sebuah badan amal yang ditubuhkan sejak tahun 2006.

    “Yayasan kami dan Siti sering menyebut tujuan konsert ini adalah untuk mengutip dana bagi menampung lima kluster kerja-kerja amal termasuk kebajikan, kemanusiaan, keagamaan, pendidikan dan bantuan khas Palestin.

    “Justeru matlamat konsert ini sangat jelas untuk berkongsi rezeki dan sekali gus amat diyakini akan mengurangkan beban dan penderitaan sesetengah golongan termasuk saudara kita di Palestin,” katanya dalam sebuah kenyataan media.

    Dalam pada itu, Yayasan Nurjiwa juga memberitahu kebimbangan mereka sekiranya konsert tersebut ditunda bakal memberi implikasi besar kepada tenaga produksi serta pengurusan perbadanan stadium nasional. – Agensi

    Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza bukan bertujuan untuk keuntungan. – mStar
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...