KOTA KINABALU, 28 APRIL – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI) hari ini melancarkan pertandingan ‘Sokong Produk Sabah, Sabah Best Bah’ bagi membantu orang ramai mengisi masa lapang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menterinya Datuk Junz Wong berkata pertandingan itu juga bertujuan mencungkil bakat dalam kalangan penduduk Sabah di samping mempromosi produk negeri itu melalui media