Monday, March 10, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ankalaev rampas tali pinggang light heavyweight

    LAS VEGAS, 9 MAC – Strategi Magomed Ankalaev semasa memasuki pertarungan UFC 313 semalam adalah memberikan tekanan kepada Alex Pereira.

    Taktik itu membuahkan hasil apabila Ankalaev mencipta kejutan besar dengan kemenangan menerusi keputusan sebulat suara, sekaligus merampas tali pinggang kejuaraan light heavyweight daripada Pereira.

    “Saya tak dapat ungkapkan dengan kata-kata,” kata Ankalaev dalam temu bual menerusi penterjemah selepas pertarungan. “Perjalanan ini sangat panjang, dan ini adalah impian saya. Sekarang tali pinggang itu milik saya.”

    Ketiga-tiga juri memberikan kemenangan kepada Ankalaev (21-1-1) dengan keputusan 49-46 dan dua pada 48-47.

    Walaupun berdepan lawan yang disegani dengan rekod cemerlang, Ankalaev tidak gentar, malah terus bertahan walaupun menerima tendangan kaki daripada Pereira pada pusingan pertama.

    Sebaliknya, Ankalaev memilih untuk bertindak agresif, terus menekan Pereira dengan tumbukan tangan kiri yang berkuasa sehingga beberapa kali meyaksikan bintang utama UFC itu terhuyung-hayang.

    Ketika Bruce Buffer mengumumkan keputusan rasmi, penyokong Pereira di arena memberikan sorakan tanda tidak puas hati.

    “Saya tahu ia akan menjadi satu pertarungan sengit,” kata Pereira (12-3-0), yang mempertahankan gelarannya buat kali keempat. “Setiap perlawanan saya bagaikan peperangan.”

    Pereira (12-2), yang bakal menginjak usia 38 tahun pada 7 Julai, berakhir -120 di BetMGM Sportsbook.

    Dengan pertarungan yang begitu sengit, Presiden dan CEO UFC, Dana White hanya memberikan satu jawapan ketika ditanya tentang kemungkinan perlawanan ulangan, “Mungkin.” – AP

    Alex Pereira bertarung menentang Magomed Ankalaev dalam pertarungan Kejuaraan Light Heavyweight semasa UFC 313 di T-Mobile Arena pada 8 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda