Khamis, November 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anna Jobling calon Bintang Asia SDA 2025

    Aktres popular, Anna Jobling, mengharumkan nama Malaysia apabila tersenarai sebagai calon kategori Outstanding Asian Star – Malaysia pada Anugerah Drama Antarabangsa Seoul (SDA) 2025 yang bakal berlangsung pada 2 Oktober depan.

    Pencalonan itu hadir hasil lakonan mantap Anna, 25, menerusi watak Nur Cahaya dalam drama popular TV3, Hai Cinta, Dengarkanlah, yang disiarkan di slot Akasia pada September tahun lalu.

    Anna atau nama penuh, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, mengakui pencalonan itu cukup bermakna buat dirinya dan seluruh produksi drama berkenaan.

    “Saya benar-benar terkejut dan terharu. Ia satu penghormatan besar, bukan sahaja untuk saya tetapi juga pasukan Hai Cinta, Dengarkanlah.

    “Sokongan keluarga, rakan sepasukan dan peminat menjadi inspirasi saya. Saya berharap dapat membawa pulang kemenangan ini untuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan TV3.

    Anna bakal bersaing dengan pelakon dari Jepun, China, Thailand, Filipina dan beberapa buah negara lain untuk merebut gelaran Outstanding Asian Star. – Berita Harian Online

    Anna berkata kejayaan itu bukan sekadar pencapaian peribadi, sebaliknya peluang mengangkat nama Malaysia ke pentas antarabangsa.

    “Saya sangat berterima kasih dengan pengiktirafan ini. Ia satu kebanggaan buat diri saya, Malaysia dan TV3 yang sentiasa mendukung karya seni tempatan.

    “Saya akan lakukan yang terbaik untuk membawa nama Malaysia lebih tinggi,” katanya lagi.

    Anugerah SDA 2025 yang akan diadakan di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan, adalah acara berprestij yang menghimpunkan bintang terkemuka Asia.

    Tahun ini, Anna bakal bersaing dengan pelakon dari Jepun, China, Thailand, Filipina dan beberapa negara lain. Pemenang ditentukan melalui undian global peminat menerusi aplikasi IDOL CHAMP.

    Tahun lalu, Malaysia turut mencatat sejarah apabila pelakon Siti Saleha berjaya membawa pulang trofi dalam kategori sama. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda