Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anna Jobling dimasukkan ke hospital

    Pelakon berdarah kacukan, Anna Jobling dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas disahkan mengalami demam denggi.

    Menurut Anna, dia pada awalnya mengalami demam panas dan badannya mempunyai ruam merah.

    “Ujian darah pertama yang dilakukan pada Khamis tidak menunjukkan saya mengalami denggi, namun ujian darah kedua semalam, saya positif dengan denggi. “Saya minta doakan yang terbaik agar segera sembuh demam denggi ini.

    Buat masa sekarang, saya masih dirawat di Hospital Gleneagles dan keadaan baik-baik sahaja,” katanya kepada media.

    Tambah bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 itu, dia berharap dapat keluar daripada hospital secepat mungkin kerana masih terikat dengan penggambaran drama Melur Untuk Firdaus yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.

    Drama berkenaan menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Melaka. – Agensi

    Anna berkongsi dia pada awalnya mengalami demam panas dan badannya mempunyai ruam merah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda