Friday, January 31, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anna Jobling ‘diusik’ hantu

    Bukan bersandarkan rupa semata-mata, aktres kacukan Melayu-Inggeris-Portugis, Anna Jobling mahu membuktikan kehebatan lakonan dengan ‘menjelma’ sebagai hantu dalam filem seram produksi Indonesia, Lembayung.

    Tidak hairanlah, Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling berharap watak Dr Tantri yang dilakonkan dalam filem itu mampu memperlihatkan sisi berbeza dirinya.

    “Saya mahu tunjuk kepada semua orang bahawa saya bukan pelakon yang hanya bawa watak cantik, ayu, baik dan dramatik.

    “Saya mahu tunjuk kemampuan bawa watak yang bukan hanya hendak tunjuk cantik. Jadi, saya berusaha menghidupkan karakter hantu dalam filem ini.

    “Saya ambil masa untuk proses mencari ‘look and feel’ bagi watak ini,” katanya pada majlis tayangan perdana filem Lembayung di ibu negara, baru-baru ini.

    Anna berkata, membuktikan kesungguhannya, Anna datang ke set penggambaran lebih awal kerana proses solekan mengambil masa dua jam. Malah, selepas shooting, mekap perlu ditanggalkan dan proses itu mengambil masa sejam.

    Tidak cukup itu, Anna perlu berada dalam posisi tergantung selama hampir lapan jam semata-mata untuk merealisasikan adegan dia menggantung diri dalam filem berkenaan, lapor BH Online.

    “Iya, saya sanggup jerut leher. Saya tidak takut sebab ada ramai kru di set penggambaran, kira-kira 100 orang.

    “Ramai yang kawal tali yang menggantung saya dengan persiapan rapi. Jadi, saya yakin untuk melakonkan babak itu.

    “Ketika melakonkan adegan itu, saya tahan nafas supaya tampak realistik. Demi babak itu, saya tidur dan makan sambil tergantung sebab malas hendak turun dan naik semula,” katanya. – Agensi

    Anna mahu membuktikan kehebatan lakonan dengan ‘menjelma’ sebagai hantu dalam filem seram produksi Indonesia, Lembayung. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda