Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Anna Jobling, Meerqeen mula bersengketa?

    Pelakon Anna Jobling menafikan bersengketa dengan Meerqeen (gambar-Agensi) seperti didakwa seorang pengguna laman Twitter, baru-baru ini.

    Anna berkata, hubungannya dengan heronya dalam drama Melur Untuk Firdaus itu tidak pernah berdepan bermasalah, malah masih akrab seperti dahulu.

    Tambahan pula, katanya, dia dan Meerqeen baru sahaja terbabit dengan penggambaran drama Melur Untuk Firdaus musim kedua.

    “Setakat ini, saya tidak pernah bertelagah dengan Meerqeen. Kami rapat seperti biasa, memandangkan kembali digandingkan dalam drama Melur Untuk Firdaus musim kedua yang bakal ditayangkan, tidak lama lagi.

    “Saya rasa spekulasi ini timbul berpunca ketika sedang ‘live’ dalam aplikasi TikTok, baru-baru ini. Meerqeen ada mengganggu saya.

    “Meerqeen suka bergurau dan sering mengacau hidup saya. Jadi, saya berlakon seperti garang, jadi mungkin dari situ, pengguna Twitter yang mengikuti siaran langsung salah faham dan menyangka saya tidak suka dikaitkan dengan Meerqeen.

    “Bagi peminat mengenali saya, mereka tahu keakraban saya dan Meerqeen, selain kami selalu bergurau,” katanya kepada BH Online.

    Baru-baru ini, seorang pengguna laman Twitter dipercayai berasal dari Indonesia mendakwa Anna berlagak ketika siaran langsung dalam aplikasi TikTok.

    Pengguna Twitter itu turut mengatakan Anna tidak mahu kalah, garang dan tidak mahu namanya dikaitkan dengan Meerqeen.

    “Di live TikTok, Anna kelihatan banget sifat aslinya yang tidak mahu kalah, garang dan tidak mahu dikaitkan sama Meme (Meerqeen), bahkan Meme ingin join live sahaja tidak mahu diberi, kenapa deh lu Anna.

    “Sifat you yang garang sangat,” tulis individu berkenaan.

    Menjelaskan perkara itu, Anna berkata, pengguna Twitter sentiasa tidak berpuas hati dengannya dan Meerqeen. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...