Monday, December 2, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anna Jobling pertahan prinsip di Indonesia

    Anna Jobling, 24, tidak akan menerima tawaran syarikat produksi Indonesia andai apa yang dimahukan bertentangan dengan prinsip diri.

    Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling, berkata dia menolak melakonkan adegan terlalu mesra atau memakai persalinan seksi bagi menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.

    “Sebelum saya terima tawaran filem di Indonesia, saya beritahu apa yang saya boleh dan tidak boleh buat.

    Tetapi setakat ini tiada syarikat produksi yang tawarkan sesuatu yang saya tidak suka. Mereka tahu syarat Malaysia agak ketat dan konservatif daripada segi pakaian, adegan dan sebagainya.

    “Sebab itu saya hormat syarikat produksi Indonesia sebab mereka hormat saya sebagai pelakon dari Malaysia,” katanya yang ditemui pada majlis tayangan filem Lembayung di sebuah pusat beli belah di sini, baru-baru ini.

    Sementara itu, Anna menafikan dia memiliki kediaman di Indonesia selepas dilihat kerap berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Jakarta.

    “Memiliki rumah di Jakarta adalah matlamat saya. Tetapi buat masa sekarang, tiadalah. Malaysia masih lagi rumah saya dan saya mahu perlahan-lahan, ini semua satu proses dan saya tidak mahu terburu-buru.

    “Saya tidak mahu terus ucap selamat tinggal Malaysia. Kita kena selalu beringat dari mana kita datang. Saya cuba bawa nama Malaysia dengan baik di negara orang,” katanya.

    Anna berkata, biarpun banyak tawaran diterima di Jakarta, dia tidak akan mengetepikan pelawaan dari penerbit di tempat bakatnya disambut baik, lapor BH Online.

    Selepas menjayakan filem Lembayung, Anna menerima tawaran dua filem dan drama terbitan daripada produksi Indonesia. – Agensi

    Anna sama sekali tidak bersetuju andai tawaran diterima daripada syarikat produksi Indonesia bertentangan dengan prinsip diri. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda