Saturday, February 22, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anna Jobling sangkal dakwaan semakin ‘demand’

    Ramai menyangka pelakon Anna Jobling semakin ‘demand’ dalam soal tawaran dan bayaran sejak namanya semakin dikenali di Indonesia.

    Menyangkal tanggapan tersebut, Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 25, sebaliknya menjelaskan kadar bayaran lakonannya belum berubah dan masih sama seperti sebelum ini.

    Malah jelas Anna, dia juga masih mengutamakan projek di negara sendiri memandangkan di sinilah kariernya bermula.

    “Walaupun sudah berlakon di Indonesia, kadar bayaran lakonan saya di Malaysia tetap sama, tidak ada yang berubah.

    “Malah saya sentiasa mengutamakan tawaran di Malaysia sebab di sinilah akar dan permulaan kerjaya saya.

    Anna turut mengongsikan bahawa dia sentiasa mengutamakan tawaran di Malaysia sebab di sinilah akar dan permulaan kerjayanya. – mStar

    “Jika dapat tawaran di Indonesia saya bersyukur tetapi pada akhirnya Malaysia tetap menjadi tempat saya kembali,” katanya kepada mStar.

    Anna berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Tomei Raya Keepsakes yang berlangsung di KLCC pada Khamis.

    Bercakap pengalaman berlakon di Indonesia, Anna mengakui perbezaan budaya dan bahasa membuatkan dia sukar menyesuaikan diri.

    Walaupun begitu, dia beruntung kerana sentiasa mendapat layanan baik daripada kru produksi yang menganggapnya seperti keluarga sendiri.

    “Kru produksi di sana layan saya dengan sangat baik dan menganggap saya seperti keluarga sendiri walaupun ada perbezaan daripada segi bahasa dan budaya.

    “Kalau mereka layan saya buruk, saya sendiri pun tak mahu bekerjasama dengan mereka lagi,” ujarnya.

    Sementara itu, Anna memberitahu dia ada bercadang mengembangkan lakonan di negara lain namun buat masa ini belum ada sebarang tawaran.

    Disebabkan itu, dia memberi fokus kepada projek di Malaysia dan Indonesia.

    “Setakat ini belum ada lagi tawaran berlakon selain dari Malaysia dan Indonesia,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda