Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anna Sorokin sertai Dancing with the Stars

    Anna Sorokin, penipu yang disabitkan kesalahan menipu bank, hotel dan rakan-rakan pada tahun 2019 selepas membina reputasi palsu sebagai pewaris kaya dari Jerman bernama Anna Delvey, telah menemui aktiviti terbaharunya: Dancing with the Stars.

    Digambarkan sebagai fashionista gelang kaki yang terkenal dalam kenyataan akhbar, Sorokin diumumkan pada Rabu lalu di Good Morning America bersama dengan bekas bintang NBA, Dwight Howard; pelakon, Tori Spelling; dan personaliti TV, Jenn Tran — dan dia juga akan bersaing untuk trofi itu.

    Merumitkan peranan terbaharu Sorokin ialah gelang kaki yang dipakainya sejak Oktober 2022, ketika dia memulakan tahanan rumah — walaupun rancangan itu nampaknya memanfaatkan keadaan ini dengan imej promosi Sorokin dalam gaun berkilauan dan monitor gelang kaki di kaki kanannya.

    Walaupun dia dibebaskan dari penjara pada Februari 2021, pihak imigresen menahannya sejurus selepas dia keluar, mendakwa dia telah tinggal lebih masa berbanding tempoh visanya dan mesti dikembalikan ke negara asalnya, Jerman.

    Inspirasi Inventing Anna ini berada dalam tahanan imigresen selama lebih setahun sebelum hakim membenarkan dia untuk beralih ke tahanan rumah pada Oktober 2022 sementara dia melawan kes pengusiran. – AP

    Sorokin bergambar di apartmennya di New York, pada 26 Mei 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda