Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anna terima banyak tawaran di Indonesia

    Sejak membintangi filem Lembayung, aktres Anna Jobling semakin menerima banyak tawaran berlakon di Indonesia.

    Bagaimanapun kata Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 24, dia tetap meneliti setiap tawaran diberikan memandangkan sedar industri perfileman di sana lebih terbuka.

    Ini termasuk menetapkan beberapa syarat kepada pihak produksi sebelum memberi kata persetujuan bagi mengelak sebarang masalah.

    “Saya akan maklumkan kepada pihak produksi apa yang boleh dan sebaliknya. Sebagai contoh tentang pemakaian atau babak yang boleh dilakukan.

    “Jika mereka terima saya tiada masalah bekerjasama. Alhamdulillah produksi di Indonesia juga sangat memahami tentang budaya masyarakat Malaysia,” katanya kepada mStar.

    Anna sentiasa menjaga nama baik sebagai pelakon. – mStar

    Anna berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Lembayung yang diadakan di Petaling Jaya pada Selasa lalu.

    Dalam pada itu, Anna tidak pernah terkir meninggalkan Malaysia hanya kerana namanya semakin menjadi sebutan di negara jiran.

    Sebaliknya Anna akan terus menetap di negara sendiri dan sedia berulang-alik ke Indonesia sekiranya terdapat sebarang projek di sana.

    “Sebenarnya ada beberapa tawaran yang sudah saya lepaskan disebabkan jadual kerja. Tak mungkin saya nak ulang-alik setiap hari.

    “InsyaAllah tahun depan saya akan terlibat dengan dua buah filem selain sebuah drama bersiri,” kongsinya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda