Thursday, February 13, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anne Hathaway perlu tiga tahun untuk pulihkan diri

    Anne Hathaway mengakui bahawa dia memerlukan masa tiga tahun untuk pulih selepas melahirkan.

    Pelakon berusia 40 tahun itu mempunyai dua orang anak iaitu Jonathan, 7, dan Jack, 3, hasil perkahwinan dengan suaminya, Adam Shulman.

    Semasa temu bual dengan majalah People, Anne mengingatkan wanita supaya tidak perlu tergesa-gesa untuk ‘kembali ke keadaan biasa’ selepas melahirkan. Dia juga menggalakkan para ibu untuk tidak perlu menetapkan jangkaan dan sentiasa menjaga diri.

    “Tidak ramai yang bercakap tentang perkara ini dan ia membuatkan saya merasa lebih baik ketika mengongsikannya. Ia mengambil masa tiga tahun untuk tubuh awda pulih sepenuhnya daripada kehamilan. Saya belum kembali seperti sediakala,” katanya.

    “Saya menyedari tentang perkara ini. Apabila awda mengandung anak kedua, ia mengambil tiga tahun penuh (untuk pulih). Biarkan tubuh awda seperti adanya. Jaga diri awda dan jangan meletakkan sebarang jangkaan.”

    Semasa temu bual tersebut, bintang Les Miserables menyatakan bahawa, dia berhenti minum alkohol hampir satu dekad yang lalu supaya dapat menjalani hidup yang diinginkannya.

    “Di usia 30an, saya berhenti minum alkohol. Saya tidak boleh terus meminumnya. Saya tidak dapat menjalani hidup yang saya inginkan semasa minum. Dan di usia 40an, saya dapati bahawa saya perlu menyokong diri saya dengan pemakanan dengan cara yang berbeza.”

    “Saya ingin kembali dan bercakap dengan diri saya yang berumur 25 tahun yang merasakan seolah-olah tidak perlu melakukan apa-apa, ‘oh sayang, ada dunia lain di luar sana dan rasanya seperti avocado’,” kata Anne. – Agensi

    Anne Hathaway juga mengingatkan para ibu untuk sentiasa menjaga diri sendiri. – www.marieclaire.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda