Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anne Heche seronok jadi perisik

    DRAMA bersiri mengisahkan anggota penguat kuasa menumpaskan penjahat sudah banyak disiarkan di televisyen.

    Bagi penonton yang dahagakan kelainan, drama bersiri baru The Brave memaparkan jalan cerita segar mengetengahkan tugas sepasukan perisik tentera elit Amerika Syarikat.

    Pada masa sama, tugas mereka turut menyelamatkan insan tidak bersalah. Semua misi pasukan berkenaan diselesaikan dengan bantuan Agensi Perisikan Pertahanan (DIA) yang dikendalikan ketua operasi, Patricia Campbell lakonan Anne Heche.

    Menggambarkan pengalamannya membintangi dalam The Brave, Heche menganggap kepercayaan diberikan penulis skrip, Dean Georgaris untuk melakonkan watak ketua operasi DIA yang dicipta khas untuknya satu penghargaan besar.

    “Georgaris menghantar skrip berserta surat menjelaskan dia mahu menghasilkan siri yang mengetengahkan pasukan khas dan sikap kemanusiaan mereka ketika berjuang.

    “Saya berpendapat kisah ini sesuai untuk memaparkan pengorbanan anggota keselamatan negara yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari,” katanya.

    Anne Heche menjelaskan cukup seronok melakonkan warak seorang perisik.

    “Skrip ditulis seperti filem yang sarat dengan pelbagai misi. Dengan plot cerita menarik dan barisan pelakon mantap, saya bangga dapat menjayakan drama ini.

    Selama 32 tahun menceburi industri seni, Heche mendedahkan watak wanita kuat dan mempunyai personaliti menarik seperti Patricia Campbell adalah yang pertama baginya.

    Menurut pelakon itu, beberapa babak yang memaparkan wataknya sebagai perisik membolehkan dia memahami tugas sebenar ejen keselamatan.

    “Memang seronok dapat lihat macam-macam gajet canggih digunakan, menyamar dan menyelinap keluar masuk kediaman penduduk,” katanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda