Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anoa jantan dilahirkan di Indonesia

    JAKARTA, 2 FEB – Seekor anoa jantan yang jarang ditemui telah dilahirkan di Pusat Pembiakan Anoa di Sulawesi Utara Indonesia, menurut sebuah agensi perlindungan haiwan hari ini.

    Anoa dinamakan Raden itu dilahirkan pada 16 Januari kepada ibu, Denok dan bapa, Rambo, dengan berat 6.1kg dan berukuran 52cm panjang.

    Raden ialah anoa keempat yang dilahirkan sejak pusat itu ditubuhkan pada 2015, dan kelahirannya menjadikan jumlah keseluruhan anoa di pusat itu kepada sembilan.

    “Populasi anoa terus menurun, jadi kelahiran ini membawa kehidupan baharu dan harapan kepada dunia pemuliharaan haiwan endemik,” kata Askhari Masikki, ketua Agensi Pemuliharaan Sumber-sumber Asli Sulawesi Utara, hari ini.

    Anoa, juga dikenali sebagai kerbau kerdil, adalah spesies endemik pulau Sulawesi yang disenaraikan sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi. – Xinhua

    Anoa, juga dikenali sebagai kerbau kerdil, telah disenaraikan sebagai terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda