Tuesday, March 4, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Anora’ Filem Terbaik Anugerah Oscar ke-97

    Filem Anora muncul sebagai pemenang Filem Terbaik Anugerah Oscar ke-97 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles baru-baru ini.

    Anora arahan Sean Baker berjaya menumpaskan sembilan filem lain yang bertanding iaitu The Brutalist, A Complete Unknown, Conclave, Dune: Part Two dan Emilia Perez.

    Turut dicalonkan adalah I’m Still Here, Nickel Boys, The Substance dan Wicked.

    Selain Filem Terbaik, Sean turut membawa pulang trofi Pengarah Terbaik manakala Mikey Madison membuat kejutan penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

    Anora turut memenangi dua lagi kategori iaitu Skrip Asal Terbaik dan Suntingan Terbaik.

    Kemenangan itu sekali gus menjadikan Anora menang besar pada Oscar tahun ini.

    Selain Mikey, Anora yang ditayangkan pada Oktober 2024 turut menampilkan pelakon seperti Mark Eydelshteyn, Yura Borisov, Karren Karagulian dan Vache Tovmasyan.

    Anora turut ditayangkan di Festival Filem Cannes dan beberapa festival lain di seluruh dunia.  – Agensi

    Sean Baker turut merangkul anugerah Pengarah Filem Terbaik menerusi Anora. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda