Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ansu beri inspirasi kepada Barcelona

    MADRID, 18 OKT – Ansu Fati kembali menyelamatkan Barca kelmarin dengan menjaringkan gol dan memperoleh penalti semasa kemenangan 3-1 menentang Valencia.

    Memphis Depay berjaya menjaringkan gol menerusi penalti tersebut dan Philippe Coutinho, yang menerima hantaran daripada Fati, menambahkan gol ketiga untuk memberikan kemenangan selesa dalam permainan yang didahului oleh Valencia dalam lima minit pertama.

    Ansu menyerlah semasa mengejar gol untuk menyamakan kedudukan, menunjukkan dia merupakan pemain penting buat Ronald Koeman semasa penampilannya menentang Dinamo Kiev di Liga Juara-Juara, dengan perlawanan ‘clasico’ menentang Real Madrid menanti empat hari kemudian.

    “Kami mempunyai tiga perlawanan besar dalam masa seminggu dan yang pertama merupakan perlawanan yang paling penting,” kata Koeman.

    Setelah tewas dalam dua perlawanan pertama menentang Bayern Munich dan Benfica, Barca menduduki tempat terbawah dalam liga kumpulan, yang bermaksud kemenangan atas Kiev sangat penting bagi mereka.

    Manakala, Madrid mendahului dua mata dari Barcelona yang menduduki tempat ketujuh tetapi Madrid mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan satu lagi kekalahan selepas kekalahan menentang Atletico Madrid sebelum minggu perlawanan antarabangsa boleh menjejaskan masa depan Koeman sebagai jurulatih.

    Namun dengan Ansu, mereka berharap, pemain yang memakai jersi nombor 10 yang sebelumnya kepunyaan Lionel Messi, kini menjadi simbol bagi pasukan tersebut sehingga mengelarnya ‘Dream Teen’ dan bersangka baik untuk masa depan yang menarik. – AFP

    Reaksi pemain depan Barcelona, MemphisDepay meraikan setelah menjaringkan gol kedua dalam perlawanan liga sepanyol antara FC Barcelona dan Valencia CF di CampNou. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda