Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ant Group lancar aplikasi Zhixiaobao berkuasa AI

    HONG KONG, 6 SEPT – Syarikat teknologi kewangan yang disokong oleh gergasi e-dagang China, Alibaba, telah menerokai produk yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) selepas mengumumkan pelancaran aplikasi mudah alihnya.

    Ant Group berkata aplikasi Zhixiaobao boleh membantu pengguna ‘memesan makanan, teksi, menempah tiket dan menawarkan pilihan tempat makan dan hiburan tempatan’ serta mengakses perkhidmatan dalam aplikasi pembayaran digital Alipay.

    Pelancaran aplikasi tersebut di Shanghai kelmarin diadakan ketika gergasi teknologi seperti Google, Meta dan Microsoft meningkatkan pelaburan dalam pasaran AI, di mana kebanyakan syarikat telah mempromosikan penyepaduan chatbot yang lebih ketat.

    “Alipay komited untuk memanfaatkan potensi AI untuk meningkatkan pengalaman pengguna, memastikan pembantu AI seperti Zhixiaobao menjadi alat yang berharga dalam kehidupan seharian untuk semua,” kata Presiden Ant Group, Cyril Han, dalam satu kenyataan media. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda