Memancing merupakan salah satu hobi untuk meluangkan masa kosong ketika berasa bosan atau menghilangkan tekanan akibat kerja yang banyak dan sebagainya.
Memancing juga memerlukan kesabaran yang kuat untuk mendapatkan hasil penangkapan ikan yang banyak. Kadangkala, kita berjaya mendapat ikan dan ada masanya kita langsung tidak mendapat apa-apa. Itulah lumrah kehidupan sebagai seorang yang gemar memancing.
Bagi yang suka memancing, laut adalah tempat yang sesuai untuk memancing kerana terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh didapati di tempat itu. Tetapi anda memerlukan semangat yang kuat dan adrenalin yang tinggi saat umpan anda dimakan oleh ikan kerana ikan-ikan di laut mencecah 2 kilogram minima. Ia merupakan saat yang tidak dapat dilupakan jika mendapat ikan yang besar di lautan yang luas.
Walau bagaimanapun disebabkan lautan amat luas, bagaimana kita mengetahui sama ada di kawasan yang dipilih untuk memancing itu mempunyai ikan yang banyak? Kita perlu mengetahui bila waktu yang sesuai untuk memancing dan bagaimana untuk mengetahui bacaan lautan yang didiami oleh ikan yang banyak.
Fakta yang menarik, ikan-ikan juga perlu menyesuaikan diri terhadap suasana matahari dan bulan. Kita boleh mengetahuinya melalui laman sesawang atau aplikasi mudah mengenai astronomi atau sebagainya. Terdapat beberapa aspek yang perlu diselidiki dalam mengetahui keadaan matahari dan bulan.
Waktu major dan minor
Waktu yang sesuai untuk memancing ialah waktu major iaitu apabila bulan berada di posisi di atas kepala kita (waktu malam).
Kebiasaannya waktu ini terjadi selama dua jam. Waktu minor pula adalah apabila bayang kaki kita kelihatan semasa bulan terbit atau terbenam. Kebiasaannya waktu ini berlaku selama satu jam.
Berikut ini sejumlah aspek yang harus diperhatikan dalam menilai situasi dan kawasan pemancingan yang tepat.
Pasang surut
Waktu pasang surutnya arus laut kebiasaannya dipengaruhi oleh posisi matahari dan bulan, jika arus lautan semakin cepat, maka tingkah laku ikan juga akan cepat.
Tekanan udara
Tekanan udara muncul apabila terjadinya perubahan kepada cuaca. Kebanyakan ikan-ikan akan menjadi aktif untuk mencari makanan ketika cuaca biasa.
Selalunya ikan akan berenang pada waktu malam untuk mencari makanan.
Namun sebahagian pemancing berpendapat bahawa faktor tekanan udara ini hanya mempengaruhi perilaku ikan air sungai dan ikan air laut yang cetek.
Suhu air
Oleh sebab ikan merupakan berdarah dingin, mereka lebih suka berada berada di tempat-tempat yang mempunyai suhu yang rendah. Salah satu sebab juga kenapa ikan lebih banyak berenang pada waktu malam kerana ikan-ikan tersebut akan mencari tempat yang sesuai untuk persekitarannya.