Ulasan Siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis
DRAMA bersiri Cinta Non Grata disiarkan dalam slot Lestari di TV3 dan diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Orangetree Production.
Drama ini baharu sahaja bermula pada 20 Mac yang lalu dan dibintangi oleh pelakon hebat dan terkenal Malaysia iaitu Raja Afiq, Amelia Anderson, Mona Allen, Edika Yusof, Adeline Tsen dan ramai lagi.
Drama bersiri Cinta Non Grata dan diarahkan oleh Feroz Kader ini bersiaran pada hari Rabu sehinggalah pada hari Jumaat pada pukul 9 malam di saluran TV3. Skrip drama ini ditulis oleh Amar Amir dan idea asal daripada Raja Azidah Raja Jaafar. Drama Cinta Non Grata ini turut menampilkan lagu tema khas daripada Forteen yang bertajuk Diam Saja.
Kronologi drama
Drama yang dilakonkan oleh Raja Afiq dan Amelia Anderson ini mengisahkan mengenai Darlina (Amelia Anderson) iaitu seorang Instafamous media sosial yang terkenal dan tampil hebat serta sanggup melakukan apa sahaja demi wang termasuklah berkahwin dengan Datuk Marzuki (lakonan hebat Edika Yusof) yang sudah pun mempunyai isteri.
Kemudian Darlina berjumpa dengan Hakim (Raja Afiq) yang bertugas sebagai pembantu peribadi Datuk Marzuki. Datuk Marzuki mengarahkan Hakim untuk menjadi jurugambar peribadi Darlina. Tanpa disedari, Darlina telah jatuh cinta kepada Hakim.
Namun, tanpa pengetahuan Darlina, Hakim sebenarnya berdendam dengan Darlina kerana Darlina telah mengecewakan adiknya, Haikal sehingga adiknya itu meninggal dunia akibat ‘overdose’ dadah.
Adakah Darlina berjaya mengabdikan cintanya kepada Hakim, atau bertahankan dia bersuamikan Datuk Marzuki.
Adakah Hakim akan mengecewakan lagi adiknya Haikal yang meninggal dunia disebabkan kecewa terhadap perangai Darlina kerana jatuh cinta kepada Darlina, jawapannya akan anda dapat ketahui dalam drama Cinta Non Grata yang disiarkan dalam slot Lestari di TV 3.
