Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Antara hidup dan mati

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

    GADIS-GADIS Roanoke tidak pernah bertahan lama di tempat itu. Mereka sama ada menemui ajal ataupun melarikan diri.

    Setelah kematian ibunya akibat membunuh diri, Lane Roanoke yang berusia 15 tahun tinggal bersama datuk dan neneknya bersama-sama dengan sepupunya, Allegra, di sebuah estet besar milik keluarga tersebut di kawasan pedalaman Kansas.

    Lane tidak begitu mengenali keluarga arwah ibunya yang penuh misteri tersebut, namun dia dapat menyesuaikan diri untuk tinggal bersama mereka dalam penuh kemewahan. Walau bagaimanapun, setelah mendapat tahu mengenai latar belakang keluarga berkenaan, Lane membuat keputusan untuk melarikan diri daripada keluarga tersebut.

    Sebelas tahun kemudian, Lane tinggal di kota Los Angeles apabila datuknya berjaya menghubunginya untuk memaklumkan kepada Lane bahawa Allegra telah menghilangkan diri.

    Dengan perkembangan jalan cerita yang berselang-seli di antara kehidupan Lane semasa mula-mula tinggal bersama keluarga Roanoke dan kepulangan semulanya, novel The Roanoke Girls karya Amy Engel adalah sebuah novel yang penuh kejutan dan menarik perhatian mengenai rahsia keluarga serta percintaan yang penuh onak duri.

    Dipenuhi dengan persoalan adakah Allegra juga turut melarikan dirinya atau sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap sepupunya itu, Lane membuat keputusan untuk menerima rayuan datuknya bagi mencari keberadaan sepupunya itu. Tambahan lagi, Lane juga berasa serba salah kerana telah meninggalkan Allegra 11 tahun yang lalu.

    Kepulangannya ke kampung halaman bukan sahaja bermakna ia adalah peluang kedua kepada teman lelaki yang pernah ditinggalkannya dahulu, akan tetapi ia juga bermaksud bahawa Lane akan berhadapan dengan rahsia besar keluarganya yang membuatkannya melarikan diri dahulu. Kemungkinan pada kali ini, Lane tidak akan dapat mengumpulkan kekuatannya untuk melarikan diri sekali lagi.

    Dengan perkembangan jalan cerita yang berselang-seli di antara kehidupan Lane semasa mula-mula tinggal bersama keluarga Roanoke dan kepulangan semulanya, novel The Roanoke Girls karya Amy Engel adalah sebuah novel yang penuh kejutan dan menarik perhatian mengenai rahsia keluarga serta percintaan yang penuh onak duri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda