Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis
Drama terbaharu dari Malaysia, Cemburu Seorang Perempuan berdasarkan kepada sebuah novel hasil tulisan Siti Hazneza dan baharu sahaja disiarkan pada bulan September lalu di slot MegaDrama di saluran Astro Ria.
Drama Cemburu Seorang Perempuan ini dibintangi oleh Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong. Drama ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diedarkan oleh Global Station Sdn Bhd.
Drama ini bersiaran Isnin hingga Khamis dan dijangka. akan mempunyai 20 episod.
Berkonsepkan konflik keluarga, percintaan dan isu dalaman, drama ini turut menampilkan beberapa pelakon lain seperti Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi dan juga Lisdawati.
Kronologi ringkas
Zikri dan Dhiya berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi.

Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.
Zikri kemudian berkahwin dengan orang yang dicintainya iaitu Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi.
Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini rakan rapatnya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka.
Dhiya rela kerana dia memang kasihkan Zikri.
Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja.
Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.