Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Antara operasi menyelamat dan mencari

    Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

    Adakah drama terbaharu dari Korea ini memaparkan kisah mengenai mengejar hantu atau sebaliknya, namun apa yang pasti, tidak.

    Drama terbaharu dari Korea Selatan, Catch The Ghost ini merupakan sebuah drama yang disiarkan di tvN dan berkonsepkan misteri dan romantik. Perancangan awal drama ini bakal disiarkan pada 26 Ogos lalu namun ditunda kepada 21 Oktober lalu berikutan beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan.

    Drama Catch The Ghost ini diarahkan oleh Shin Yoon Sub manakala skrip pula ditulis oleh So Won dan Lee Young Joo. Dalam versi Korea, drama ini turut dikenali sebagai Yooryungeul Jabara dan dibintangi oleh dua pelakon utama iaitu Moon Geun Young dan Kim Sun Ho.

    Selain dua pelakon tersebut, drama ini turut dibintangi oleh Jung Eugene, Ki Do Hoon, Song Ok Suk, Jo Jae Yun, Nam Gi Ae, Ang Seung Yoon, Song Sang Eun, Park Ho San dan Han Ji Sang.

    Plot ringkas

    Drama baharu dari Korea Selatan, Catch the Ghost ini mengisahkan mengenai sepasukan polis yang menjaga kereta api bawah tanah dan dalam usaha untuk mencari pembunuh bersiri yang terkenal bernama The Ghost. Yoo Ryung, seorang detektif ikut serta dalam pencarian tersebut di mana dalam masa yang sama dia juga sedang mencari saudara kembarnya yang telah hilang.

    Berikutan keadaan saudara kembarnya itu yang autisme, menyukarkan lagi misinya untuk mencari kembarnya itu. Yoo Ryung menjadi seorang polis bagi mencari adik perempuannya itu dan mempercayai kehilangan adiknya itu ada kena-mengena dengan pembunuh bersiri The Ghost yang terkenal menghantui penumpang di kereta api bawah tanah.

    Yoo Ryung seakan-akan mempunyai persepsi yang luar biasa dan digelar sebagai wanita ajaib. Yoo Ryung dibesarkan oleh neneknya dan tinggal bersendirian bersama adik perempuannya itu setelah nenek mereka meninggal dunia. Yoo Ryung bekerjasama dengan Kim Sun Ho dalam usahanya mencari The Ghost dan adiknya itu.

    Adakah Yoo Ryung berjaya menemukan adiknya itu, anda boleh saksikannya dalam drama bersiri Catch The Ghost dalam saluran tvN yang disiarkan setiap hari Isnin dan juga Selasa.

    Adakah Yoo Ryung berjaya menemukan adiknya itu, anda boleh saksikannya dalam drama bersiri Catch The Ghost dalam saluran tvN.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda