Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Antara persahabatan dan perasaan

    Aku tak pernah sangka hati boleh jadi seberat ini. Bukan sebab cinta itu ditolak, tapi kerana dia memilih kawan aku, orang yang selalu ada di sebelah aku, yang aku sendiri percaya. Selama ini aku fikir aku ada peluang, walaupun kecil. Cara dia senyum, cara dia tanya khabar, cara dia duduk dekat bila kami berbual, semuanya buat aku fikir mungkin ada sesuatu. Tapi rupa-rupanya, semua itu cuma ramah mesra biasa. Hanya aku yang terlebih berharap.

    Yang paling menyakitkan bukan penolakannya, tetapi caranya beritahu aku. Dia cakap dia hargai perasaan aku, tapi hatinya sudah lama tertarik pada seseorang. Dan bila dia sebut nama kawan aku, dada aku terasa jatuh. Macam ada sesuatu dalam diri aku retak perlahan-lahan. Aku cuma mampu angguk, pura-pura faham, pura-pura kuat. Hakikatnya, aku tak bersedia langsung untuk dengar jawapan itu.

    Apa yang aku benci, aku tak boleh salahkan sesiapa. Cinta memang macam itu, datang tanpa dipaksa, pergi tanpa disuruh. Tapi malam itu, aku rasa diri aku kecil. Macam aku tak cukup apa-apa. Aku lihat kawan aku dan terfikir, mungkin memang dia lebih baik, lebih menarik, lebih layak dicintai. Dan aku? Aku hanya tempat orang singgah, bukan tempat orang kembali.

    Namun, perlahan-lahan aku belajar terima. Kalau hati seseorang bukan untuk aku, aku tak boleh paksa. Mungkin luka ini ambil masa untuk sembuh, tapi aku percaya satu hari nanti, ada seseorang yang akan pandang aku bukan sebagai pilihan kedua. Dan bila hari itu tiba, aku harap aku dah maafkan semuanya, kawan aku dan diri aku sendiri.

    Aiman

    NASIHAT DANG MP –

    Aiman, perasaan dikecewakan semasa bercinta adalah satu episod dalam setiap manusia.

    Bila orang yang disukai memilih orang yang paling dekat dengan kita, maka perasaan sakitnya berganda termasuk rasa kecewa sebagai kekasih yang tak kesampaian dan terluka sebagai kawan.

    Tapi ketahuilah Aiman akan perkara yang paling penting iaitu ditolak bukanlah bermaksud awda kurang atau lemah. Ia cuma bermaksud hatinya sudah terletak pada orang lain, bukan kerana awda tak cukup sempurna.

    Perasaan membanding diri dengan pilihan hatinya akan selalu muncul dan bakal mengganggu emosi diri. Padahal, cinta bukanlah pertandingan siapa lebih hebat tetapi ia cuma tentang keserasian yang kebetulan tidak berpihak kepada Aiman untuk kali ini.

    Namun, Aiman sudah dapat menerima jawapannya walaupun ia menghiris. Berilah diri Aiman masa untuk sembuh. Luaskan pergaulan dengan mencari kenalan baharu dan berfikiran positif sentiasa. Hindari sikap melayan perasaan sedih terlalu lama kerana rasa pedih itu akan pudar perlahan-lahan. Setelah ia hilang, Aiman akan sedar bahawa ia adalah satu episod dalam hidup dan suatu hari nanti akan ada episod lain dengan kehadiran watak lain yang lebih menggembirakan dan membahagiakan Aiman.

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Langkah kecil, ketakutan besar

    Kadang-kadang aku rasa masa depan itu seperti tempat gelap...

    Cadangan lampu trafik di Pusing Keliling Pengiran Babu Raja

    Baru-baru ini, saya melalui Pusing Keliling Pengiran Babu Raja...

    Meja makan kosong, hati penuh sepi

    Kadang-kadang saya tertanya, bagaimana rasanya hidup dalam keluarga yang...

    Tidak sempat hargai kasih nenek

    Assalamualaikum, saya nak cerita sedikit tentang rasa penyesalan yang...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...