Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Antara reda dan luka

    Salam sejahtera, aku harap yang membaca ani sentiasa dalam keadaan sihat. Kisah ani berlaku tiga tahun yang lalu. Aku tak pernah bayangkan akan jadi isteri pertama.

    Semuanya berlaku terlalu cepat. Aku dan suami sudah berkahwin lebih dari lima tahun dan kami dikurniakan tiga orang anak perempuan.

    Aku tak pasti di mana salah aku, sehingga suami aku mengambil keputusan untuk bernikah sekali lagi. Katanya, dia masih sayang aku, tapi hatinya terbuka untuk wanita lain juga.

    Tapi bagaimana pula dengan hati aku? Lama aku berfikir untuk memberi jawapan kepada suami aku dan pada akhirnya aku membenarkannya untuk berkahwin lagi.

    Aku cuba untuk faham. Aku cuba jadi isteri yang reda dan kuat. Tapi setiap malam aku menangis sendiri. Bila dia tak pulang ke rumah kerana giliran bermalam di rumah ‘isteri muda’, aku rasa hilang.

    Gambar Freepik

    Hampa. Rasa seperti aku hanya sebahagian kecil dari hidupnya, sedangkan dulu, aku adalah satu-satunya.

    Orang kata wanita yang rela dimadu itu wanita yang hebat imannya. Tapi aku hanya manusia biasa. Aku cemburu. Aku terluka. Aku ragu-ragu pada diriku sendiri. Apa kurangnya aku? Apa salah aku sampai dia cari yang lain?

    Anak-anak pun mula bertanya. Mereka perasan ayah mereka sudah berubah. Rumah kami tidak seceria dulu. Dan aku sendiri makin penat berpura-pura kuat.

    Aku tak benci dia. Tapi aku rasa dikhianati. Cinta yang dulunya satu, kini terbahagi dua.

    Dan aku tertanya-tanya dalam bahagian-bahagian itu, berapa peratus masih tinggal untuk aku?

    Aku tahu aku perlu kuat, bukan untuk pertahankan rumah tangga aku tapi untuk anak-anak aku dan aku harap suatu hari nanti suami aku akan faham dan menghargai pengorbanan aku sebagai seorang isteri yang masih setia kepadanya sehingga kini.

    Nora

    NASIHAT DANG MP

    Pertama sekali Dang ucapkan terima kasih kerana Nora sudi berkongsi kisah yang penuh emosi ini. Dang faham, apa yang awda lalui bukan perkara kecil – ianya sangat menyentuh hati, mencabar jiwa dan menggegar rasa kepercayaan dalam rumah tangga.

    Nora telah memikul beban yang besar sebagai isteri pertama, dan itu sendiri adalah satu pengorbanan yang sangat tinggi nilainya. Reda bukan bermaksud tidak merasa, dan air mata yang jatuh itu bukan tanda kelemahan, tapi bukti bahawa hati awda masih hidup dan penuh kasih.

    Awda berhak untuk rasa terluka, cemburu dan tertanya-tanya kenapa kasih yang dulu satu, kini terbahagi dua. Soalan seperti ‘apa kurangnya diri sendiri?’ itu bukan kelemahan, tapi jeritan jiwa yang sedang cuba memahami sebuah realiti yang tak pernah dirancang. Tidak semua orang mampu menerima poligami, dan bukan semua yang rela itu tidak berasa sakit. Dan ya, mungkin suami awda tidak berniat menyakiti, tapi hakikatnya, luka itu tetap terasa.

    Dang harap Nora terus tabah menjaga diri, bukan semata-mata kerana anak-anak, tetapi juga untuk awda sendiri. Awda layak untuk rasa disayangi dan dihargai sepenuh hati.

    Jangan pendam segalanya sendiri. Kalau ada ruang, berbicaralah dengan seseorang yang dipercayai, mungkin kaunselor perkahwinan. Awda seorang wanita yang kuat, dan Dang percaya, walaupun jalan ini sukar, awda akan menemui kekuatan untuk terus melangkah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada anak-anak.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...