Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Antena di menara air alternatif selesai masalah capaian Internet di S’wak

    KUCHING, 21 MEI – Pemasangan antena di menara air aras tinggi boleh menjadi alternatif bagi menyelesaikan masalah capaian rangkaian Internet di Sarawak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. 

    Beliau berkata kaedah itu boleh menjadi tambahan kepada lebih 600 menara telekomunikasi yang dibina oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) di seluruh negeri berkenaan.

    Fahmi berkata sekiranya kaedah itu berjaya digunakan di Sarawak, ia akan turut diguna pakai di negeri lain yang mempunyai masalah serupa.

    “Kita akan lihat dari segi teknikalnya sama ada boleh dipasang alat telekomunikasi atau di lokasi-lokasi lain,” katanya selepas mengadakan lawatan ke menara telekomunikasi di Pantai Trombol di sini hari ini.

    Beliau juga berkata sejumlah 125 menara lagi yang dibina oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan beroperasi menjelang sambutan Hari Gawai ini bagi menghubung serta merapatkan jurang telekomunikasi di negeri itu. – Bernama

    Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil meluangkan masa melawat menara telekomunikasi luar bandar Kampung Trombol, Telaga Air Kuching, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...