LOS ANGELES, 2 DIS – Giannis Antetokoumpo dengan tangkas melancarkan lay up sekali gus memenangi perlawanan dengan baki dua saat, menjulang juara NBA Milwaukee Bucks kepada kemenangan 127-125 ke atas Charlotte Hornets semalam.
Antetokoumpo, Pemain Paling Berharga (MVP) NBA dua kali dan MVP di pusingan akhir 2021, telah menjaringkan 40 mata dengan 12 rebound dan sembilan assist ketika Bucks bangkit meraih kemenangan kelapan berturut-turut.
Pasukan Hornets yang merasa bersemangat semasa di Forum FiServ di Milwaukee, telah menjaringkan 10 daripada 17 three-pointer di suku pertama.
Di separuh masa pertama, mereka mendahului dengan 18 mata jaringan, tetapi tidak dapat mengekalkan rentak permainan dan Milwaukee merapatkan jurang kepada 68-60.
Bucks mendahului untuk pertama kalinya dengan berbaki 2:26 minit terakhir di suku ketiga, apabila George Hill melakukan three-point dan meletakkan mereka pada 91-90.

Mereka mendahului dua mata sebelum suku keempat yang berubah menjadi perlawanan berbolak-balik dengan memaparkan 10 perubahan.
Khris Middleton yang menjaringkan 21 mata untuk pasukan Bucks, mengakhiri dengan three-pointer berbaki 52 saat terakhir untuk mendahului 123-122.
LaMelo Ball, yang memimpin Hornets dengan 36 mata, mengakhiri dengan three pointer semasa berbaki 5.9 saat, masa yang cukup untuk Antetokoumpo mengeluarkan bola daripada masa tamat dan menang.
Timbulnya sedikit ketegangan di New Orleans, di mana Dallas Mavericks mendahului sepanjang perlawanan dengan kekalahan 139-107 ke atas Pelicans.
Luka Doncic menjaringkan 28 mata dengan 14 assist dan Kristaps Porzingis menambah 20 mata dan 10 rebound untuk Mavs, yang bangkit daripada kekalahan 114-96 kepada Cleveland.
Dengan melakukan triple-double dalam kekalahan kepada Cleveland, Doncic menjaringkan 22 mata dan 10 assist pada separuh masa pertama untuk menyertai Damian Lillard dan Trae Young sebagai satu-satunya pemain dengan 20 mata, 10 assist di separuh masa sejak musim 2018-19. – AFP