Sabtu, 22 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anthropic buka pejabat di India setelah permintaan meningkat

    MUMBAI, 8 OKT – Syarikat pemula dari Amerika Syarikat, Anthropic hari ini berkata ia merancang untuk membuka pejabat di India tahun depan, ketika banyak syarikat bantuan kecerdasan global (AI) yang lain berusaha untuk memasuki negara paling ramai penduduk di dunia itu.

    Permintaan AI telah melonjak di India dengan unjuran lebih 900 juta pengguna Internet menjelang akhir tahun dan didorong oleh penggunaan yang semakin meningkat oleh sektor perniagaan dan individu.

    Anthropic, yang mengatakan, ‘‘India sebagai tempat kedua global dalam pengguna paling ramai” yang menggunakan chatbot miliknya, Claude, menambah bahawa pejabatnya yang dirancang di hab teknologi Bengaluru dan akan menyokong, “ekosistem AI yang berkembang pesat” negara itu.

    “India adalah tempat yang menarik kerana bakat teknikalnya dan komitmen daripada kerajaan India untuk memastikan manfaat AI mencapai semua tahap masyarakat, bukan kumpulan tertentu sahaja,” kata ketua eksekutif, Dario Amodei dalam satu kenyataan.

    Langkah Anthropic adalah sama seperti syarikat-syarikat AI terkemuka lain yang ingin mendominasi pengguna India.

    OpenAI juga berkata ia akan membuka pejabat India akhir tahun ini, dengan ketuanya Sam Altman menyatakan bahawa penggunaan ChatGPT di negara itu telah meningkat empat kali ganda sepanjang tahun lalu.

    Ogos lalu, syarikat itu melancarkan pelan langganan untuk 399 rupee (AS$4.50) sebulan, harga yang disasarkan kepada pelajar dan pemaju muda.

    Ketua ChatGPT, Nick Turley berkata pada X bahawa menjadikan perkhidmatan itu ‘lebih berpatutan’ telah menjadi ‘permintaan utama’ daripada pengguna.

    Perplexity juga mengumumkan perkongsian utama pada bulan Julai dengan syarikat gergasi telekomunikasi India, Airtel apabila menawarkan langganan Perplexity Pro selama setahun secara percuma kepada 360 juta pelanggannya. – AFP

    Sekitar pemandangan Mumbai, India. Anthropic cadang buka pejabat setelah permintaan meningkat. – Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda