Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Antony bantu United singkirkan Arsenal

    LONDON, 5 SEPT – Antony menjaringkan gol pada penampilan sulung Manchester United ketika serangan klinikal pemain Brazil itu dan dua gol Marcus Rashford memberi inspirasi kepada kemenangan 3-1 yang menamatkan permulaan sempurna Arsenal untuk musim Liga Perdana pada hari Ahad.

    Antony membuat penampilan pertamanya selepas ditandatangani dari bekas kelab pimpinan United, Erik ten Hag, Ajax dalam perjanjian £82 juta (AS$94 juta) pada Khamis.

    Pemain lincah, tajam dan pergerakan yang penuh bersemangat, penyerang berusia 22 tahun itu hanya mengambil masa 35 minit untuk mencetak gol dalam aksi yang mempesonakan kepada peminat baharunya di Old Trafford.

    Arsenal bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi Bukayo Saka, tetapi Rashford mengejutkan pendahulu liga itu dengan dua gol dalam tempoh sembilan minit separuh masa kedua selepas Antony digantikan oleh Cristiano Ronaldo.

    Terima kasih kepada Antony dan Rashford, United dapat meraikan kemenangan keempat berturut-turut yang mengangkat mereka ke tempat kelima. “Dia akan menjadi ancaman dalam Liga Perdana.

    Antony (kanan) menjaringkan gol pertamanya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di stadium Old Trafford, Manchester, England, kelmarin. – AP

    Kami kehilangan seorang pemain di sayap kanan, Sancho dan Rashford boleh bermain di posisi itu tetapi mereka lebih suka di sebelah kiri, jadi sekarang kami mempunyai pemain yang boleh bermain dengan baik di sebelah kanan,” kata Ten Hag mengenai Antony.

    “Dia beraksi dengan baik tetapi saya rasa dia mampu melakukannya dengan lebih baik lagi.

    Dia menjaringkan gol yang hebat tetapi kesemua gol adalah usaha berpasukan.”

    Kekalahan pertama Arsenal musim ini selepas lima kemenangan berturut-turut cukup perit untuk ditelan oleh skuad kendalian Mikel Arteta.

    “Ia amat mengecewakan kerana dengan cara mereka bermain di sini, ia mengagumkan tetapi kami memerlukan keputusan lebih baik,” kata Arteta. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda