Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Antony sertai Betis secara pinjaman

    SEVILLE, 26 JAN – Real Betis menandatangani pemain sayap Manchester United, Antony, secara pinjaman, kelmarin, sehingga penghujung musim selepas aksi hambar di Old Trafford.

    Pemain antarabangsa Brazil itu, 24, menjadi pemain kedua termahal Man United apabila dia menyertai pasukan itu dari Ajax pada 2022 dengan harga £81.3 juta (AS$101.5).

    “Real Betis dan Manchester United telah mencapai perjanjian untuk pinjaman Antony bagi musim ini,” kata Betis dalam satu kenyataan.

    Antony telah menjaringkan 12 gol dalam 92 perlawanan untuk United, yang kini berada di tangga ke-13 dalam Liga Perdana Inggeris, dan mempunyai kontrak di Old Trafford sehingga 2027.

    Pemain sayap itu bermula dengan cemerlang selepas ketibaannya dari Ajax, menjaringkan gol pada tiga penampilan pertamanya untuk bekas jurulatih United, Erik ten Hag, akan tetapi setelah itu prestasinya mulai menurun.

    Antony turut disiasat oleh polis Brazil selepas tuduhan penderaan rumah tangga, yang dinafikannya, di mana siasatan selesai tanpa sebarang pertuduhan dibawa pada Ogos 2024.

    Ten Hag berkata, tuduhan itu telah memainkan peranan terhadap prestasi hambar pemain sayap itu.

    Antony belum pernah memulakan perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris untuk Manchester United musim ini, dan hanya membuat lapan penampilan sebagai pemain gantian. – AFP

    Reaksi Amad Diallo (kanan), bersama Antony selepas menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan bola sepak di stadium Old Trafford di Manchester, England pada 16 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda