Friday, May 16, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anugerah diberi sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan BDAC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Seramai 15 orang ahli Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAC) diraikan dalam Penganugerahan Reben Merah yang diadakan secara maya, kelmarin, sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia.

    Majlis penganugerahan itu adalah sebagai penghargaan kepada mereka yang telah menyumbangkan tenaga, buah fikiran dan masa dalam sama-sama menjayakan program-program yang diungkayahkan oleh BDAC mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

    Ini termasuk berkhidmat sebagai sukarelawan di bawah BDAC selama 10 tahun dan lebih atau mereka yang telah mempamerkan keteladanan yang baik di bawah 10 tahun. Selain itu, BDAC juga menyampaikan ucapan penghargaan kepada penyelaras-penyelaras program HIV AIDS Program for Peer and Youth (HAPPY) yang telah memenangi Anugerah Projek Belia sempena Sambutan Hari Belia 2021.

    Majlis secara dalam talian itu dihadiri oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad selaku yang dipertua BDAC; Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud serta pemangku timbalan setiausaha tetap, ketua pengarah, pemangku ketua pengarah pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kerajaan dan bukan kerajaan, ahli-ahli BDAC dan orang awam.

    Yang Berhormat Awang Iswandy dalam ucapannya antara lain menegaskan, kemajuan dari segi perkhidmatan kesihatan, perubatan malah pengetahuan dan pendidikan mengenai HIV dan AIDS wujud, tapi disebabkan ketidaksaksamaan ia boleh melambatkan dan mungkin menghalang pencegahan serta rawatan HIV secara berkesan.

    Sudah lebih 30 tahun kes pertama HIV dilaporkan di dalam negara dan ia masih lagi mengancam kesihatan awam. Beliau seterusnya menyentuh mengenai kit ujian pantas antigen bagi HIV yang telah lama berada di pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai ubat di luar negara tetapi belum lagi terdapat di negara ini.

    “Saringan awal HIV membawa kepada diagnosis awal dan ujian pantas ini memudahkan pengesanan awal terutama sekali bagi orang-orang yang berkemungkinan dijangkiti HIV yang tidak selesa mendapatkan ujian saringan tersebut di kemudahan-kemudahan kesihatan,” jelasnya.

    Ini, tambah beliau, bukan sahaja memastikan bahawa mereka yang telah dijangkiti HIV boleh mendapatkan dan diberi rawatan awal untuk mereka menjalani kehidupan seperti biasa dan rawatan awal juga membantu mencegah penularan penyakit selanjutnya.

    Katanya lagi, sempena Hari AIDS Sedunia tahun ini, BDAC berharap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat mempertimbangkan membawa dan menyediakan kit berkenaan ke pasaran untuk meningkatkan akses ujian saringan HIV bagi warga dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Awang Iswandy ketika menghadiri majlis sambutan sempena Hari AIDS Sedunia secara maya itu.
    Antara yang menyertai majlis tersebut secara maya itu.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/