Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Anugerah dorong anak yatim hargai kepentingan pendidikan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Seramai 15 pelajar telah menerima Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang DANA 2023 (AIPC-DANA) pada majlis anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan, hari ini.

    Penyampaian anugerah-anugerah telah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA).

    ara pelajar yang diraikan berkenaan terdiri daripada anak-anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2022.

    Antara tujuan anugerah adalah sebagai pendorong kepada anak-anak yatim untuk menghargai kepentingan pendidikan dan sebagai penyuntik semangat dan galakan kepada mereka untuk terus berusaha bagi meraih kejayaan khususnya dalam bidang pelajaran.

    AIPC-DANA merupakan projek tahunan DANA dan tahun ini merupakan kali ke-16 ia diadakan.

    Pelajar-pelajar yang menerima anugerah pada tahun ini dibahagikan beberapa bahagian, di mana lima orang menerima AIPC-DANA 2023 bagi Peperiksaan Brunei Cambridge GCE O Level iaitu Kelly Chia Kay Li, Dayang Aleeya Maisarah binti Haji Roslan, Lim Lian Ling @ Lim Lia Ling, Dayang Nurnatasya binti Abdul Malik dan Dayang Nursyaziana binti Abdullah
    Setiap pelajar menerima sijil penghargaan, satu unit komputer berserta mesin pencetak, dan pakej kemudahan belajar selama dua tahun dalam bentuk wang tunai bernilai $760.

    Seterusnya, lima orang lagi menerima AIPC-DANA 2023 bagi Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama Darjah 6 (SSSRU) iaitu Dayang Sharifah Habibah binti Mohamad Shariff, Dayang Rafiatul binti Talip, Dayang Nurul Nadhirah Adlina binti Zamain, Awang Mohammad Johaziman bin Abdullah Mohammad Johairifatly dan Dayang Syazwani Syafiqah binti Mohamad Irwan.

    Setiap pelajar menerima sijil penghargaan, satu unit komputer berserta mesin pencetak, dan wang simpanan sebanyak $500 yang dikreditkan terus ke Akaun DANA masing-masing di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei.

    Manakala itu, lima orang lagi menerima AIPC-DANA 2023 bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) . Setiap pelajar menerima sijil penghargaan, satu unit komputer berserta mesin pencetak dan pakej kemudahan belajar selama dua tahun dalam bentuk wang tunai bernilai $400.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar cemerlang. – OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham ketika menyerahkan anugerah kepada salah seorang pelajar. – OLEH YUSRIN JUNAIDI

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...