Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Anugerah Express E-Hits 2 terima tajaan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan RTB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS – Enam kategori akan dipertandingkan dalam Anugerah Express E-Hits 2 iaitu lirik terbaik, vokal terbaik, persembahan terbaik, tempat ketiga – lagu dan komposer terbaik, naib juara-lagu dan komposer terbaik serta juara-lagu dan komposer terbaik.

    Sehubungan itu, Majlis Menandatangani Perjanjian Tajaan bagi Rancangan Anugerah Express E-Hits 2 telah diadakan di Bangunan Utama, Kompleks Penyiaran RTB, Sungai Akar, hari ini.

    Pada majlis berkenaan, mewakili dan menandatangani bagi pihak Radio Televisyen Brunei (RTB) ialah Pemangku Pengarah, Haji Azman bin Haji Abdul Rahim.

    Sementara itu, pengurus atau wakil syarikat-syarikat penaja iaitu Progresif Media, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), By Fareed, DPicBoxBN Photobooth, By Bilang, Wafa Hotel & Apartments, Gentlemen Stitch Enterprise dan Print Plus Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian bagi syarikat masing-masing.

    Rancangan hiburan, Ex-press E-Hits 2 mula bersiaran secara langsung sejak 12 Disember 2021 pada setiap Ahad di RTB Aneka, RTBGo dan melalui Radio Pelangi FM.

    Rancangan itu dihasratkan sebagai satu platform bagi mendukung industri kreatif di Negara Brunei Darussalam khususnya dalam bidang penciptaan lagu serta galakan bagi komposer dan penyanyi tempatan untuk menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti.

    Haji Azman bergambar ramai dengan para pengurus dan wakil-wakil syarikat penaja pada majlis penandatanganan yang telah diadakan di Bangunan Utama, Kompleks Penyiaran RTB, Sungai Akar, kelmarin.
    Haji Azman (kiri) dan Hajah Nurul Haniah (kanan) menandatangani tajaan bagi Rancangan Anugerah Express E-Hits 2, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...