Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anugerah Grammy ditangguh, jangkitan Omicron terus meningkat

    WASHINGTON, 6 JAN – Akademi Rakaman dan CBS mengumumkan penangguhan anugerah Grammy ke-64 kelmarin berikutan kes membabitkan varian Omicron terus meningkat di Amerika Syarikat (AS).

    Keputusan itu dibuat “selepas pertimbangan dan penelitian melibatkan pegawai perbandaran dan negeri, pakar kesihatan dan keselamatan, komuniti artis dan rakan kongsi kami,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan bersama Akademi Rakaman dan CBS.

    “Kesihatan dan keselamatan mereka dalam industri muzik, penonton, serta ratusan kru yang bekerja tanpa lelah untuk menjayakan setiap persembahan kami tetap menjadi keutamaan,” kata kenyataan itu.

    “Memandangkan ketidakpastian akibat varian Omicron, meneruskan acara pada 31 Januari hanya mengundang banyak risiko.

    “Kami menanti untuk meraikan Malam Berprestij Muzik pada tarikh yang akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda