Friday, November 22, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anugerah HBK diberigakan ke Daerah Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 10 MEI – Susulan taklimat pertama yang diadakan awal minggu ini, Sekretariat Anugerah Hari Belia Kebangsaan (HBK) telah meneruskannya ke Daerah Belait untuk menyebarkan maklumat mengenai Anugerah HBK 2023 bagi sambutan HBK ke-18 akan datang.

    Diadakan di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait, hari ini, acara itu menyaksikan Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Hajah Noor Maslina binti Haji Sulaiman menyampaikan taklimat yang memperkenalkan anugerah berkenaan dan kepentingannya, diikuti dengan penjelasan mengenai proses pendaftaran anugerah oleh Dayang Norainah binti Haji Abdul Hadi.

    Beberapa topik yang dibincangkan termasuk empat kategori anugerah, termasuk Anugerah Belia Cemerlang, Perkhidmatan Belia Berjasa, Pemimpin Belia Muda dan Projek Cemerlang untuk Belia (PCUB).

    Untuk Anugerah PCUB, ia dibahagikan kepada dua sub kategori yang bertujuan untuk menonjolkan pelbagai bidang utama yang dicapai oleh belia, termasuk ekonomi sosial dan gaya hidup sihat.

    Borang permohonan serta maklumat lanjut mengenai anugerah boleh diperolehi menerusi www.hbk.gov.bn atau e-mel anugerah.hbk2023@gmail.com.

    Turut hadir semasa taklimat berkenmaan ialah para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, pegawai kanan dan kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan, serta wakil daripada pelbagai kumpulan dan persatuan di Daerah Belait.

    Dengan tarikh tutup pencalonan pada 5 Jun, taklimat itu dijadualkan diteruskan di seluruh negara dengan yang seterusnya diadakan pada 13 Mei di Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

    Hajah Noor Maslina semasa menyampaikan taklimat mengenai Anugerah HBK yang berlangsung di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Belait.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda