Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anugerah Pemain Terbaik ubati luka Buffon

    MILAN, 29 Nov – Penjaga gol veteran Itali, Gianluigi Buffon mengurangkan sebahagian dari kekecewaan Piala Dunia dengan memenangi Anugerah Pemain Terbaik Serie A.

    “Saya gembira dan merasa bangga. Saya tidak memikirkan saya akan menerima trofi ini, dan saya akan mempertahankannya kerana saya tidak pernah memenangi pemain muda terbaik!” kata penjaga gol Juventus berusia 39 tahun itu pada majlis Gran Gala del Calcio Persatuan Bola Sepak Itali (IAC).

    “Kegagalan untuk menyertai persaingan Dunia adalah satu kekecewaan besar dalam kerjaya saya bersama sebahagian (kekalahan) dalam final Liga Juara-Juara.”

    Maurizio Sarri dari Napoli dinamakan jurulatih terbaik dalam anugerah bola sepak Itali, yang diundi oleh para pemain, bagi bersaing bagi merebut gelaran dengan bajet lebih kecil berbanding Juventus.

    Buffon bersara dari bola sepak antarabangsa bulan lalu ketika juara Itali empat kali itu tidak akan beraksi buat kali pertama di Piala Dunia dalam tempoh 60 tahun selepas kekalahan dalam persaingan playoff kepada Sweden.

    Penjaga gol Juve, Gianluigi Buffon ketika menerima anugerahnya di Majlis Malam Anugerah Gran Gala del Calcio IAC. – AFP

    “Itali-Sweden adalah kekecewaan terbesar sepanjang hidup saya,” dia memberitahu Sky Sport Italia.

    “Tetapi kami perlu terus melangkah, musim perlu berakhir dengan cara terbaik dan dengan Juventus terdapat banyak matlamat untuk dicapai.”

    Buffon memenangi gelaran Serie A kesepuluh bersama Juventus dan membantu pasukan yang berpangkalan di Turin itu mara ke Liga Juara-Juara bagi kali kedua dalam tempoh tiga tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda