Tukang masak Argentina, Mauro Cologreco yang mendapat inspirasi dari laut, gunung-ganang dan tanamannya sendiri, telah dianugerahkan tukang masak terbaik di dunia oleh ahli-ahli peniagaan yang berpengaruh, menewaskan tukang masak dari Denmark dan Sepanyol.
Penganugerahan itu beberapa bulan selepas Colagreso diberi bintang ‘Michelin’ ketiga restoran Perancis yang tersenarai 50 buah restoran terbaik dunia.
“Saya berada di awangan dan menunggu untuk balik semula, saya tidak mampu untuk berkata apa-apa,” Colagreco berkata saat dia mengambil anugerahnya untuk restoran di Bandar Rivera Perancis, di Menton.
Noma di Copenhagen mendapat tempat kedua dalam anugerah ini. Sementara itu Asador Etxebarri di Sepanyol berada di tempat ketiga. Gaggan di Bangkok berada tempat keempat, iaitu kedudukan tertinggi restoran di Asia, diikuti dengan Geranium di Copenhagen yang berada di kedudukan kelima.
Restoran di kedudukan teratas sering dimenangi oleh Sepanyol yang mendapat kejuaaraan sebanyak tujuh kali, restoran yang paling banyak menerima anugerah daripada negara-negara yang lain. Walau bagaimanapun Osteria Francescana, restoran Itali mendapat nombor satu pada tahun lepas. Mirazur berada di kedudukan ketiga tahun lepas.

Sentiasa rendah diri
Selepas kemenangannya diumumkan, Colagreco telah naik ke pentas bersama isterinya dari Brazil membawa sepanduk yang mewakili empat buah negara iaitu Argentina, Brazil, Perancis dan Itali.
“Terima kasih kepada kumpulan saya. Selama beberapa tahun ini, awda berhak menerima anugerah ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang menyokong saya selama 13 tahun ini,” katanya.
Hanya Colegreco sahaja satu-satunya tukang masak asing yang telah menerima anugerah bintang Michelin sebanyak tiga kali.
Beliau membuka restoran pada tahun 2006 dan dianugerahkan bintang pertamanya pada tahun berikutnya dan menerimanya pada kali kedua pada tahun 2012.
Tukang masak kelahiran Argentina itu telah berpindah ke Perancis pada tahun 2001 dan bekerjasama dengan Bernard Loiseau, Alain Passard dan Alain Ducasse sebelum menghabiskan masanya setahun di Le Grand Vefour.
Dia mengatakan secara kebetulan, akhirnya dia berada di Menton.
“Pemilik tempat ini adalah orang Inggeris yang stereotaip di Cote d’Azur, dengan memakai pakaian putih dan topi panama.
“Dia melihat saya tidak mempunyai wang tetapi dia ingin tahu kenapa orang Argentina berada di Menton… dia menyewakan saya restorannya ini dengan jumlah yang tidak masuk akal. Hal ini telah memberikan saya banyak kebebasan untuk membuat beberapa ujian,” katanya.
Pada awalnya memang susah tetapi sejak dianugerahkan bintang kedua, restoran ini semakin terkenal.
Mirazur terletak di selatan-timur Perancis hampir dengan sempadan negara Itali telah menawarkan beberapa hidangan yang dibuat daripada ramuan yang segar dari ladang milik Colagreco, termasuk sayur-sayuran dan makanan laut.
Walaupun dia semakin terkenal, Colagreco berkata dia ingin ‘bersikap sentiasa rendah diri’.
Asia dipilih pertama kali
Buat pertama kalinya di Asia, penganjur anugerah telah memilih Singapura, yang terkenal sebagai pemandangan kulinari yang sangat sibuk.
Tetapi Eropah terus mendominasi dengan 25 buah restoran di kedudukan 50 terbaik, termasuk tujuh buah restoran yang berada di 10 teratas. Asia memenangi tujuh anugerah, Amerika memenangi enam anugerah dan Amerika Latin enam.
Anugerah ini telah dianjurkan oleh majalah Britain, Restaurant, dimiliki oleh William Reed Media.
Majalah ini telah dilancarkan pada tahun 2002 dan dinobatkan sebagai bintang Mechlin, walaupun metodologi yang digunakan untuk memilih restoran yang terbaik telah menerima kritikan, terutama daripada beberapa orang tukang masak Perancis yang menyatakan ia masih tidak jelas.
Sebenarnya tidak ada kriteria untuk menjadikan restoran itu terpilih ke dalam senarai, iaitu hanya secara pengundian tanpa nama lebih dari 1,000 orang ketua tukang masak, pemilik-pemilik restoran, pengkritik makanan dan industri-industri lain dari seluruh negara.
Setiap ahli mendapat 10 undian dan empat undian lagi mereka perlu pergi ke restoran yang berada di luar kawasan mereka. Majlis ini juga pernah diadakan di Sepanyol, London, New York dan Melbourne. – AFP