Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anwar beri ‘lampu hijau’ pada SPRM siasat menteri, pegawai

    PUTRAJAYA, 7 NOV – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menyiasat mana-mana menteri, pegawai kerajaan termasuk pegawai khas kepada Anwar sendiri, sekiranya wujud elemen rasuah.

    Mendedahkan perkara tersebut, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Anwar sebagai seorang individu yang serius dalam membanteras elemen rasuah, pernah memberitahunya untuk tidak menunggu arahan beliau untuk melakukan siasatan ke atas mana-mana mereka yang terpalit isu rasuah.

    “Pernah dia (Anwar) berkata kepada saya, Azam, kalau sekiranya ada pegawai kerajaan, menteri-menteri kaya ke atau pegawai khas saya ke, atau mana-mana pegawai khas, kalau sekiranya anda rasa ada mereka melakukan rasuah, sila siasat.

    “Jangan tunggu untuk arahan atau kebenaran dari saya, Saya berikan anda kebenaran untuk menyiasat mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Integriti peringkat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini. – Bernama

    Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bersama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki (dua, kanan) pada majlis sambutan Hari Integriti Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bertemakan ‘Integriti Citra Malaysia Madani’ di KKD, hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda