Tuesday, April 8, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anwar, Chinh bincang isu serantau dan global

    HANOI, 7 APRIL – Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh, mengadakan perbincangan melalui telefon dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas permintaan Malaysia kelmarin, bagi membincangkan hubungan dua hala serta perkembangan serantau dan antarabangsa terkini, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Semasa panggilan itu, Anwar memaklumkan kepada Chinh bahawa Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, akan menghoskan Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN pada Khamis ini, bagi menilai situasi semasa dan meneroka langkah-langkah untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam blok itu, berikutan dasar tarif yang baru diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS).

    Chinh menekankan usaha Vietnam dalam perbincangan dengan AS, termasuk perbualan telefon baru-baru ini antara Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam, dan Presiden AS Donald Trump, pada 4 April lepas.

    Perbincangan mereka memberi tumpuan kepada penyelesaian halangan serta menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan ke arah perdagangan yang adil dan mampan yang mengimbangi kepentingan semua pihak. – Bernama

    Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda