KUALA LUMPUR/JAKARTA, 29 MEI – Dua pemimpin ASEAN tidak ketinggalan menyertai pemimpin dunia lain mengucapkan tahniah kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang telah memenangi pilihan raya penentu kelmarin.
Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan tahniahnya berkata Malaysia berharap dapat bekerjasama rapat dengan Turkiye untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala. Manakala Presiden Indonesia Joko Widodo turut mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan.
“Tahniah kepada Presiden Erdogan,” tulis Joko Widodo di akaun Twitternya. – Bernama