Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Anwar pelawa komuniti perniagaan Arab melabur di M’sia

    JEDDAH, 24 MAC – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa komuniti perniagaan di Arab Saudi untuk lebih banyak melabur di Malaysia berikutan Malaysia mempunyai kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas.

    Berucap di hadapan ratusan ahli perniagaan Arab Saudi dan Malaysia di sini, beliau berkata kerajaan baharu di bawah kepimpinannya komited untuk memudahkan urusan perniagaan di negara ini dengan melakukan pembaharuan yang menyokong perniagaan dan agenda MADANI.

    “Sehubungan itu, saya meminta sebahagian daripada komuniti perniagaan untuk menghantar delegasi selepas Ramadan dan mengadakan pertemuan dengan rakan perniagaan awda.

    “Kami sudah tentu menggalakkan awda untuk melabur dalam bidang seperti yang saya nyatakan sebagai keutamaan kami iaitu teknologi digital, sekuriti makanan, dan sudah tentu, infrastruktur di negara ini dan kami mengharapkan penglibatan aktif awda di Malaysia,” katanya.

    Anwar berkata demikian dalam ucap tama pada majlis perjumpaan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi dan Malaysia di ibu pejabat Bank Pembangunan Islam (IsDB) di sini, hari ini.

    Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tiba di Lapangan Terbang King Abdulaziz pada 6:40 pagi waktu tempatan semalam (Rabu) bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke negara itu.

    Anwar berkata kedua-dua negara menjalinkan perhubungan timbal balik yang baik dari segi pelaburan.

    “Saya menggesa awda untuk memberikan segala sokongan yang diperlukan berikutan langkah ini akan memberikan banyak perbezaan kepada dunia Islam, justeru itu menggalakkan ekonomi yang lebih rancak,” katanya. – Bernama

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman di antara syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...